Pindaan terkini kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada tahun 2022 telah membolehkan akta tersebut dikuatkuasakan kepada semua majikan dan sektor pekerjaan. Namun begitu, masih banyak majikan dan pekerja yang tidak mengetahui perkembangan ini. Situasi ini akan menyebabkan risiko ketakpatuhan kepada mereka apabila penguatkuasaan undang-undang ini mula dijalankan kelak.
Program ini dianjurkan khas untuk memberi kesedaran dan maklumat/pengetahuan kepada peserta agar dapat mengambil langkah-langkah persediaan sebelum akta ini dikuatkuasakan kelak. Selain itu, akta ini akan membantu majikan dan pekerja bersama-sama menyumbang ke arah mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan sihat.
Topik-topik yang akan disentuh meliputi :
Siapa perlu hadir ?
Majikan/wakil majikan atau pengurusan syarikat dan organisasi
Syarat Pendafataran
1. Pendaftaran hanya dianggap selesai setelah penganjur menerima pembayaran.
2. Penganjur tidak akan memulangkan wang kepada peserta sekiranya peserta gagal untuk hadir pada tarikh kursus.
3. Penganjur berhak menukar lokasi penganjuran sekiranya berlaku sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
4. Penganjur berhak membatalkan atau menukar tarikh program sekiranya berlaku sebab-sebab tidak dapat dielakan atau diluar jangka.
Kaedah mendaftar
PENTING : PESERTA TELAH DIANGGAP MEMBACA DAN MEMAHAMI SYARAT PENDAFATARAN APABILA MEMBUAT PEMBAYARAN UNTUK MENDAFTAR KEHADIRAN.
Sila daftar menerusi pautan ini.
Copyright © 2024 DREAMFOUNDRY MEDIA - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.